Tuesday, August 28, 2012

Kasih

Hingga saat ini
Dikaulah telinga dan mulutku yang setia.

Tiada jemu mendengar
meski mulut sering meminta.
Tiada jemu memberi nasihat
walau terkadang lalai mendengar.

Kuhampar permaidani doa buatmu
mengiringi perjalanan di dunia ini
kala usia masih berbaki.

Tuhan, Dikaulah Pemberi Kurnia atas segala nikmat.


2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup bergembira, bersedih, ingin bercinta dsb adalah fitrah manusia. Sebagai fitrah manusia, Islam adalah cara hidup penyelesaiannya. Surah ARum:30 فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَ‌تَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ‌ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya;

Begitu juga bahawa Allah SWT yang menciptakan ketawa dan menangis utk manusia.
Surag AnNajmi:43 وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

Jadi segala pengaduan dan rintihan kita kepada Allah SWT, Dia Maha Mendengar malah lebih hampir pada urat leher kita sendiri. Surah AlBaqarah:186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِ‌يبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Surah Qaf:16 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَ‌بُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِ‌يدِ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
Malah Allah SWT sendiri lebih hampir dari malaikat maut dan menyaksikan saat nanti apabila malaikat maut mencabut nyawa kita walaupun kita tidak sedari. AlWaqi`ah:85 وَنَحْنُ أَقْرَ‌بُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُ‌ونَ Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.
Wallahualam

Najwa Najihah said...

Waalaikumussalam.

Allahu Allah, benarlah kata-kata daripada Allah.

Terima kasih sudi menitip pedoman di laman ini. =)