Friday, September 6, 2013

Tengkujuh Johor.

Cuaca tak menentu. Panas dan sejuk silih berganti. Hujan, panas.
 
Sebenarnya walau dalam apa jua keadaan, cuaca mahupun suasana, sebagai manusia yang sering menerima malah kerap meminta, harus syukur kerana masih punya peluang untuk hidup. Walau dalam hati sering merungut.

Itu cuaca, ketentuan Ilahi. Cuaca diri bagaimana? Itu adalah satu pilihan sendiri. Diri berhak mencorak atau menentukan garis cuaca seharian.

Ada orang memilih untuk berduka, masam muka dari awal pagi hingga tidur semula. Ada orang yang berubah air muka setelah sesuatu berlaku kepadanya. Macam air masak pula. Isi kordial, terus jadi air perasa. Ada warna, ada rasa. Kalau barli atau laici, warna serupa, rasa tak sama.

Sebenarnya di mana sahaja kita berada, inilah keadaan yang perlu dihadapi. Kita seharusnya tahu keadaan tak akan jauh berbeza. Kata pujangga, hidup ibarat roda, berpusing-pusing. Plot yang sama akan berlaku, lagi dan lagi. Kata ustaz saya, loop. ^^

Beza antara situasi yang dilalui adalah karekter. Dan macam mana cara kita menghadapi keadaan tu.

Kita melihat keadaan ini dari dua aspek; lelaki dan perempuan. Rasis?

Bukan rasis cuma antara kedua-dua jantina ini, walaupun ada beza yang ketara, hakikatnya masih ada perkara yang sama. Perlu pandai menilai setiap perkara yang berlaku agar persefahaman lebih dekat dari perbezaan.

Hati manusia siapa yang tahu bukan? Bertanya, dapat jawapan.

-------

Siapa kata makanan katering sedap?

No comments: